Friday 26 August 2016

37 SIKAP BURUK ANAK AKIBAT KURANG KASIH SAYANG

37 SIKAP NEGATIF ANAK YANG KURANG KASSIH SAYANG (BAHAGIAN 1)

ASSALAMUALAIKUM,SALAM KEBAHAGIAN.

teks : Wan Rusmaviah
Foto : Wan Rusmaviah.

Akhir -akhir ini ramai ibu yang mengeluh dengan sikap anak mereka yang susah mendengar kata.dan mudah sangat ibu melebelkan anak mereka sendiri sebagi nakal dan hyper aktif.wahai ibu-ibu yang penyayang,cuba renung sebentar kenapa anak2 bersikap demikian sedangkan mereka datangnya daripada darah daging kita dan pasangan kita.lagi sedih apabila ada pasangan yang saling menyalahkan dan mengatakan "anak ni ikut perangai awak lah".

Diantara diolog yang sering kita dengan dan tuturkan apabila kanak-kanak itu buat perangai :-
1.Kau ni ikut perangai mak /ayah engkau lah.asyik menyusahkan orang jer.
2.Dari mana kau belajar menipu ni? mesti kat sekolah ni.cikgu2 tak ajar ke?
3.kenapa asyik nak menangis jer,diam lah!
4.nak apa lagi?mainan dah bagi,makan dah bagi,pergilah main dengan kawan2.jangan kacau mak nak buat kerja.
5.tak faham2 ke..mak penatlah nak layan kerenak kau ni...macam2 perangai.

sedih sangat sekarang ni,kemana sahaja kita pergi sama ada shoping mall atau stesyen minyak,di hospital dan taman permaianan ,kita akan namapak setengah ibu secara spontan menengking anak mereka dihadapan khalayak ramai.mengapa mereka tidak menjaga air muka anak mereka? apakah kanak-kanak kecil tiada perasaan?

di sini rose kongsikan 10 daripada sikap anak-anak yang kekurangan kasih sayang.cuba perhatikan adakah anak-anak kita mempunyai sikap ini?jika ada,cepat -cepatlah kita mencari ilmu untuk memperbetulkan kesilapan kita.

1. Mencuri (because rules does not apply to them).
2. Hoarding (memerap barang, sayang nak buang apa2 terutamanya makanan walaupun bersepah habis bilik mereka).
3. Berbohong (berbohong dengan selamba walau tidak logik).
4. Selalu cerita tentang fantasy life (ayah aku ada ferrari, mak aku ada mini cooper, aku bercuti di Maldives minggu lepas).
5. Selalu minta kasihan (ye la, siapa la aku ni kaaan...)
6. Hypochondriac (exaggerate bila sakit, sakit sikit je tapi cerita suspek kanser, tidak lain tidak bukan untuk dapat perhatian, suka org tanya kabar, orang melawat)
7. Bijak manipulasi orang (mastermind, in negative connotation)
8. Membuli (victim will always becoming a victimizer)
9. Obsessive-Compulsive Disorder (OCD, tend to become extreme irrational perfectionist)
10. Hancurkan rosakkan harta benda



Tuesday 23 August 2016

TIPS MENGURUSKAN RUMAH TANGGA

TIPS  MENGURUSKAN RUMAHTANGGA

Teks:Wan Rusmaviah
Foto:Wan Rusmaviah.

Assalamualaikum. Salam kebahagian buat semua isteri dan para ibu.

Akhir-akhir ini ramai wanita yang tidak puas hati dengan keadaan mereka sekarang.Bagi suri rumah sepenuh masa teringin nak keluar bekerja untuk membantu keluarga dan mendapat income sendiri.Bagi yang bekerja pulak hati tertekan dan tak sabar-sabat nak berhenti.tak tahan melihat anak yang selalu jer kena tinggal di taska.Apatah lagi sekarang ni ada jer kes dera kanak -kanak di taska.

Kalau dahulu orang tua kata"perempuan belajar tinggi -tinggi pun akhirnya ke dapur jugak"
Memang betul,sebab semakin tinggi ilmu semakin kita sedar tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.sebab itulah wanita tetap akan ke dapur untuk menyediakan sajian yang berzat dan sedap.

Sebelum ni rose memang pernah bekerja.tetapi hati tersangat berat apabila anak sakit rose terpaksa tinggalkan anak untuk tugasan.tambahan pulak anak rose menyusu badan.rose nekad untuk bekerja sendiri kerana rose nak selalu ada bersama anak terutama ketika mereka memerlukan seorang ibu.

Tetapi ,bukan senang nak bahagikan masa menguruskan rumah dan perniagaan.Rumah bersepah anak tak terurus,apatah lagi rose ada 5 orang anak kecil.Tetapi itu dahulu kini tidak lagi.berpandukan ilmu daripada orang-orang tua dan juga ilmu parenting akhirnya rose jumpa formula yang sesuai.

Diantara tips yang rose amalkan.
1.orang tua pesan anak -anak ni kalau dia cukup makan,cukup tidur ,pampers bersih dia orang akan bermain sendiri jer tak akan merengek dengan kita.

2.bangun seawal pagi siapkan makanan untuk pagi dan tengahari sebelum anak -anak bangun.sebab tu lah orang tua dahulu sebelum subuh sarapan dah siap.

3.pakaian mesti basuh awal pagi supaya cepat kering dan kita boleh melipat dan mengosok sebelum waktu petang.tak perlu buat kerja dah waktu malam.

4.makan mesti berjemaah.kalau boleh makan malam bersama keluarga sebelum maghrib.

5.diantara waktu maghrib dan insyak ajarlah anak-anak mengaji atau kita boleh baca kitab hadis.

Ok..cukup dulu untuk kali ni..
Ada lagi yang nak dikongsikan.



Monday 22 August 2016

ISNIN OGOS 2016,

ENTRI 4 : DUNIA USAHAWAN.

TEKS : WAN RUSMAVIAH
FOTO : WAN RUSMAVIAH

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT,SALAM KEBAHAGIAN.

Pagi yang indah ini rose nak berkongsi pengalaman menghadiri kelas Seminar My Documents urus bisnes gaya korporat. yg diadakan semalam di kuala Lumpur.

sebenarnya rose tak pernah terfikir pun nak ke seminar macam ni,dan tak tahu pun ada seminar my document.tetapi masaalah yg rose hadapi selama menguruskan 2 buah perniagaan memang rose lemah bab ni.ada jer yang tak betul,tak cukup masa dan tak tahu nak susun macam mana.

pernah dengar tak "jodoh pertemuan itu telah ditakdirkan"? kita selalu memahami maksudnya sekadar pertemuan dengan pasangan hidup.sebenarnya maksudnya lebih luas,ia merangkumi keseluruhan kehidupan kita.pada awal pagi jumaat,rose bersiap-siap utk keluar.hubby tanya nak kemana.rose cakap tak tahu lagi nak ke mana tetapi banyak benda yg nak kena buat hari ni.tapi rasanya pagi ini rose nak ziarah Ezzalin lah..dah lama duk bertangguh nak jumpa dia.

Allah yang merancang.lama jugak kita orang berborak bertukar idea dan pendapat.lin ajak rose join kelas SMD.katanya percuma jer sebab dia dapt 10 tiket percuma.wah best ni.rose cuba ajak bestfriend..noni.Alhamdulillah Allah permudahkan jalan semuanya teratur cantik.masaalah utama kami ialah siapa nak jaga anak-anak.Alhamdulillah Allah membukakan hati Suami kita orang untuk menjaga anak-anak tanpa beralasan.wah seronok kan bekerjasama.walaupun dalam hati gembira tapi tetap rasa eeee boleh ke tinggal anak-anak kat laki aku ni.hahaha..hati ibu memang macam tu cepat risau pasal anak-anak ni.
Kami bertiga terpaksa parking kereta kat lrt ampang dan naik lrt ke bandaraya kerana jam 7.oo hingga 9.00 pagi jalan Tar ditutup utk acara berbasikal.dah berbelas tahun tak naik Lrt.rasa macam banyak yang tak tahu.sampai stesyen bandaraya kami berjalan kaki ke hotel premier.ezzalin dan noni tak berhenti tanya..kau ok ke..nak jalan ni.hati2 berjalan tu.meraka risau sebab rose mengandung 8 bulan.rasa macam tak mengandung,laju jer berjalan .semangat nak masuk kelas.takut terlambat nanti tertinggal maklumat.

Syukur sampai jer program baru nak mula..dapat duduk barisan depan.memang dewan penuh. 700 orang peserta yang beraura positif dan bersemangat.

Mula - mula cikgu Ab Basit menceritakan kpd kami kehebatan orang Orang yang mempunyai ilmu sangat tinggi kedudukan mereka dan sangat rendah ego mereka.

Banyak perkara baru yang kami tak tahu.apabila diberi tahu kami rasa teruknya diri kami.dan yang lagi teruk kami bakal menghadapi masaalah besar kerana kebodohan dan ketidak pedulian kami.

Tahu tak,Kalau kita mengambil pekerja walaupun seorang dan tidak mencarum kwsp kita bakal dikenakan penjara 2 tahun atau denda Rm 10 ribu atau kedua duanya sekali.Huh.....teruknya kalu terkenakan.sebenarnya saya pernah terkena .nasib baik dapat berunding dengan baik.ya lah sebab waktu tu rose baru memulakan perniagaan dan tak tahu langsung tentang kwsp.

Satu perkara yang sangat penting dan yang kita tak tahu kesan apabila kita mempunyai perniaga enterprise secara perkongsian.sekiranya salah seorang partnership kita meningal .akaun akan dibekukan.bayangkan macam mana perniagaan nak beroperasi.dan kasihan kepada waris yang terpaksa bersusah payah.

Sebenarnya banyak sangat perkara yang hendak dikongsikan di sini.in sya Allah rose akan sambung lagi di lain kali.

"Siapa kita hari ini berdasarkan siapa kawan kita 5 tahun yang lalu.siapa kita 5 tahun akan datang adalah bergantung kepada siapa kawan kita hari ini."

BERSYUKUR SANGAT DAPAT BERKAWAN DENGAN ORANG ORANG POSITIF DAN AKTIF DALAM DUNIA PERNIAGAAN.




Jom kita rapatkan barisan bersilaturahim.

Friday 12 August 2016

Jadikan Anak Kita Sebagai Rakan Baik

JADIKAN ANAK SEBAGAI RAKAN.

assalamualaikum Para ibu.Semoga semua ibu diberikan kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga.

Di pagi hari minggu ni seronok sangat bila dapat bersama dengan anak -anak kan.selalunya hari minggu rose kurangkan masa untuk mengemas rumah sebab nak isi masa berkualiti dengan anak.

Rose suka jadikan hari minggu sebagai hari berkumpul dengan keluarga di rumah.ambil masa untuk berborak -borak dengan anak.Bermain -main dengan mereka.


Kita orang suka main mak mak.kadang -kadang main doktor- doktor . kebiasaannya umi lah yang jadi pesakit.best tau.banyak yang boleh kita kenal perangai anak secara tak langsung.

Seronok bila umi jadi baby dan asfa jadi umi.dia akan lakonkan perwatakan umi dan umi lakonkan perwatakan dia.Tahu tak,lucu rasanya bila dia lakonkan sikap umi dia marah- marahkan kakak dia.hehehe ooo macam tu ya.barulah umi tahu kesilapan umi.apalagi umi pun berlakonlah dengan cara yang penuh sopan.sebenarnya umi nak tegur diri sendiri.

Sebelah petang kan..kadang -kadang kita orang main-main salon dan spa.
Hahahaha..seronok tau ,sambil main-main badan kita dibelai dan diurut. Kelebihannya kan ,bila time rose tak sihat atau waktu dalam pantang anak -anak yang akan urut kaki rose tau.tak patah suruh dia orang ambil.losyen sapu -sapu dan pandai telan urat-urat yang kita sakit.Hilanglah rasa penat.

anis , syena dan asfa seronok lah bila main make up.umi akan siapkan bahan-bahan seperti scrub,pelembab dan alat-alat meke up yang dah tak guna.bagi peluang kat mereka skrubkan muka kita.letak potongan timun kat mata.hehehe tak payah habiskan duit untuk ke spa.tapi jangan asyik anak jer buat kat kita.biasanya umi yang buatkan pada anak dulu kemudian baru dia orang buat pada umi.

Rose teringat waktu kecil -kecil dahulu selalu main benda macam ni.tetapi anak zaman sekarang tiada apa yang mereka nak main.mereka habiskan masa dengan menonton tv dan you tube.Bermain game.

Kenapa rose buat perkara macam ni?Sebab rose dapat kesan anak-anak murid yang sukar memberi tumpuan dalam kelas kebanyakannya disebabkan mereka banyak habiskan masa dengan gajet.Seolah -olah mereka kurang dengar apa yang kita cakap.sebab mereka selalu membiasakan diri mereka buat -buat tak dengar kerana asyik dengan gajet.





JADIKAN ANAK SEBAGAI RAKAN.

assalamualaikum Para ibu.Semoga semua ibu diberikan kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga.

Di pagi hari minggu ni seronok sangat bila dapat bersama dengan anak -anak kan.selalunya hari minggu rose kurangkan masa untuk mengemas rumah sebab nak isi masa berkualiti dengan anak.

Rose suka jadikan hari minggu sebagai hari berkumpul dengan keluarga di rumah.ambil masa untuk berborak -borak dengan anak.Bermain -main dengan mereka.


Kita orang suka main mak mak.kadang -kadang main doktor- doktor . kebiasaannya umi lah yang jadi pesakit.best tau.banyak yang boleh kita kenal perangai anak secara tak langsung.

Seronok bila umi jadi baby dan asfa jadi umi.dia akan lakonkan perwatakan umi dan umi lakonkan perwatakan dia.Tahu tak,lucu rasanya bila dia lakonkan sikap umi dia marah- marahkan kakak dia.hehehe ooo macam tu ya.barulah umi tahu kesilapan umi.apalagi umi pun berlakonlah dengan cara yang penuh sopan.sebenarnya umi nak tegur diri sendiri.

Sebelah petang kan..kadang -kadang kita orang main-main salon dan spa.
Hahahaha..seronok tau ,sambil main-main badan kita dibelai dan diurut. Kelebihannya kan ,bila time rose tak sihat atau waktu dalam pantang anak -anak yang akan urut kaki rose tau.tak patah suruh dia orang ambil.losyen sapu -sapu dan pandai telan urat-urat yang kita sakit.Hilanglah rasa penat.

anis , syena dan asfa seronok lah bila main make up.umi akan siapkan bahan-bahan seperti scrub,pelembab dan alat-alat meke up yang dah tak guna.bagi peluang kat mereka skrubkan muka kita.letak potongan timun kat mata.hehehe tak payah habiskan duit untuk ke spa.tapi jangan asyik anak jer buat kat kita.biasanya umi yang buatkan pada anak dulu kemudian baru dia orang buat pada umi.

Rose teringat waktu kecil -kecil dahulu selalu main benda macam ni.tetapi anak zaman sekarang tiada apa yang mereka nak main.mereka habiskan masa dengan menonton tv dan you tube.Bermain game.

Kenapa rose buat perkara macam ni?Sebab rose dapat kesan anak-anak murid yang sukar memberi tumpuan dalam kelas kebanyakannya disebabkan mereka banyak habiskan masa dengan gajet.Seolah -olah mereka kurang dengar apa yang kita cakap.sebab mereka selalu membiasakan diri mereka buat -buat tak dengar kerana asyik dengan gajet.





Wednesday 10 August 2016

MULIANYA SEORANG WANITA

Assalamualaikum sahabat -sahabat rose.
Selamat pagi pada semua kaum wanita.
Pagi ni  seawal jam 8.00 pagi  rose dah menunggu giliran utk check up baby.
Ramai nya ibu -ibu dengan sabar duk.menunggu giliran walaupun dengan membawa perut yang sarat wajah mereka tenang jer.


Setiap kaum wanita yg dah berumahtangga mesti ada perasaan nak dapatkan anak kan.tapi tak sanggup nak harungi 9 bulan dgn pelbagai  alahan dan penat lelah.

Pagi ni rose nak kongsikan sedikit kata - kata semangat untuk para wanita.supaya kita semua tersenyum lebar dan bangga menjadi wanita.

 Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

Oleh itu sahabat ,bersyukurlah apabila Allah mentakdirkan kita menjadi seorang ibu.

Para ibu boleh senyum dan ceria selalu.Allah menyayangi kita.
Sebagai perkongsian,rose amalkan Qaseh Gold Adinda sepanjang kehamilan untuk kekalkan  kesihatan rose dan baby dan bertenaga.

Monday 8 August 2016

Wan Rusmayiah Wan Mamat.

Assalamualaikum. ..
salam perkenalan dari saya Wan Rusmayiah binti Wan Mamat.

Alhamdulillah. Bersyukur saya kepada Allah dengan izinNya saya dapat memulakan tulisan pertama saya melalui medan blog.Sudah lama saya berhajat menguasai ilmu berblog ni,tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Memang benar sesungguhnya Allah menentukan kadar masa dan sesuatu perkara itu terjadi.Itulah Pentingnya sifat Bersabar,kerana kita tidak tahu Perancangan Allah untuk kita.Sekarang masa dan keadaan yg paling sesuai saya mempelajari ilmu "Blog" dengan guru yg tepat dan sesuai dengan saya.Terima Kasih Cikgu "Anys Idayu Zakaria" kerana sudi mencurahkan Ilmu yg sangat bermanfaat ini.Saya Doakan Semoga Allah menambahkan Rezeki dan keberkatan dalam kehidupan Cikgu.
Tak lupa juga kepada kawan saya "Ezzalin Sidek" yang menawarkan kepada saya untuk menyertai kelas "Asas Blog online".Inilah hikmah sifat ikhlas dalam persahabatan.Terima kasih sahabat semoga Allah memberkati kehidupan lin sekeluarga.



Kembali kepada salam perkenalan.
Nama yang diberikan oleh ibu saya Siti Meriam bt Dollah bersama Arwah Ayah saya Wan Mamat Wan Hassan ialah
 " Wan Rusmaviah" tetapi yg tertulis di surat beranak "Wan Rusmayiah".walaupun perbezaan hanya pada huruf "V" dan "Y" ia tetap memberi kesan.Pernah saya bertanya kepada Arwah ayah, "Wan...kenapa nama yeoh tak sama dalam buku dengan  dalam surat beranak"?.jawapan arwah ayah saya " polis waktu tu tak berapa pandai nak menulis,kat dalam buku tu cikgu yang tulis".
Walau apa pun nama manja saya tetap 'yeoh'.kawan-kawan selalu tanya kenapa saya dipanggil dengan panggilan 'yeoh'.Itulah dia setiap nama ada maknanya dan sejarahnya tersendiri.

Itu sejarah di zaman kanak-kanak.Sekarang saya sudah berumur 36 tahun dan dianugerahkan dengan 3 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.Yang dalam kandungan ini bakal lahir pada 10.10.2016.Belum diketahui lelaki atau perempuan.
Bila sudah menjadi seorang ibu ,saat yang sangat saya fobia ketika memilih nama terbaik untuk anak.Apa yang selalu saya lakukan ialah saya akan berbincang dengan suami untuk memilih 3 nama kemudian saya tulis pada kertas dan  gulungkan kertas itu.selepas itu saya akan baca surah Al Fatihah memohon pertunjuk daripada Allah .Saya akan buat cabutan sebanyak 7 x (mengambil keberkatan surah al fatihan yg mengandungi 7 ayat) dan nama yang paling banyak ketika cabutan undian dibuat nama itulah yang akan saya pilih untuk anak saya.
 Hasilnya ini lah nama-nama cahaya mata saya:-
1.Mardiatul Anisah bt Mustapa Azam.
    (13 tahun)
2.Miera Afreyna bt Mustapa Azam
   ( 11 tahun)
3.Muhammad Wazief Muazzam bin Mustapa Azam.
   ( 6 tahun)
4.Maritza Asfa Fathanah bt Mustapa Azam. (4 tahun)
5.Muhammad Wafier Rizqi bin Mustapa Azam ( 1 tahun 9 bulan)
6.coming soon oktober
(sedang mencari -cari)

Memang seronok ada anak ramai..dan memang sangat mencabar kesabaran dan kebijaksanaan saya sebagai ibu . Seringkali kawan-kawan dan orang sekeliling bertanya kepada saya"Tak Penat ke?"..Doktor pun tanya benda yang sama.Bagi Saya anak itu rezeki dan Amanah.kita perlukan Ilmu dan strategi untuk melaksanakan amanah.
Alhamdulillah dengan ilmu yang saya perolehi dengan menghadiri pelbagai krusus "Pendidikan awal kanak-kanak" banyak membantu. Walaupun pada awalnya saya menyertai krusus untuk kelas Tadika Dan KAFA yang saya usahakan,ilmu-ilmu yang saya perolehi begitu banyak membantu saya sebagai seorang ibu.

Inilah salah satu tujuan saya menulis blog iaitu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai Suri Profesional.
In Sya Allah dengan bimbingan Cikgu Anys Idayu Zakaria saya akan berkongsi ilmu di sini untuk manfaat kita bersama.

Slogan saya
"Suri Profesional melahirkan Keluarga bahagia"

Sekian untuk kali ini In Sya Allah berjumpa lagi.