Friday 12 August 2016

JADIKAN ANAK SEBAGAI RAKAN.

assalamualaikum Para ibu.Semoga semua ibu diberikan kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga.

Di pagi hari minggu ni seronok sangat bila dapat bersama dengan anak -anak kan.selalunya hari minggu rose kurangkan masa untuk mengemas rumah sebab nak isi masa berkualiti dengan anak.

Rose suka jadikan hari minggu sebagai hari berkumpul dengan keluarga di rumah.ambil masa untuk berborak -borak dengan anak.Bermain -main dengan mereka.


Kita orang suka main mak mak.kadang -kadang main doktor- doktor . kebiasaannya umi lah yang jadi pesakit.best tau.banyak yang boleh kita kenal perangai anak secara tak langsung.

Seronok bila umi jadi baby dan asfa jadi umi.dia akan lakonkan perwatakan umi dan umi lakonkan perwatakan dia.Tahu tak,lucu rasanya bila dia lakonkan sikap umi dia marah- marahkan kakak dia.hehehe ooo macam tu ya.barulah umi tahu kesilapan umi.apalagi umi pun berlakonlah dengan cara yang penuh sopan.sebenarnya umi nak tegur diri sendiri.

Sebelah petang kan..kadang -kadang kita orang main-main salon dan spa.
Hahahaha..seronok tau ,sambil main-main badan kita dibelai dan diurut. Kelebihannya kan ,bila time rose tak sihat atau waktu dalam pantang anak -anak yang akan urut kaki rose tau.tak patah suruh dia orang ambil.losyen sapu -sapu dan pandai telan urat-urat yang kita sakit.Hilanglah rasa penat.

anis , syena dan asfa seronok lah bila main make up.umi akan siapkan bahan-bahan seperti scrub,pelembab dan alat-alat meke up yang dah tak guna.bagi peluang kat mereka skrubkan muka kita.letak potongan timun kat mata.hehehe tak payah habiskan duit untuk ke spa.tapi jangan asyik anak jer buat kat kita.biasanya umi yang buatkan pada anak dulu kemudian baru dia orang buat pada umi.

Rose teringat waktu kecil -kecil dahulu selalu main benda macam ni.tetapi anak zaman sekarang tiada apa yang mereka nak main.mereka habiskan masa dengan menonton tv dan you tube.Bermain game.

Kenapa rose buat perkara macam ni?Sebab rose dapat kesan anak-anak murid yang sukar memberi tumpuan dalam kelas kebanyakannya disebabkan mereka banyak habiskan masa dengan gajet.Seolah -olah mereka kurang dengar apa yang kita cakap.sebab mereka selalu membiasakan diri mereka buat -buat tak dengar kerana asyik dengan gajet.





No comments:

Post a Comment