Tuesday 23 August 2016

TIPS MENGURUSKAN RUMAH TANGGA

TIPS  MENGURUSKAN RUMAHTANGGA

Teks:Wan Rusmaviah
Foto:Wan Rusmaviah.

Assalamualaikum. Salam kebahagian buat semua isteri dan para ibu.

Akhir-akhir ini ramai wanita yang tidak puas hati dengan keadaan mereka sekarang.Bagi suri rumah sepenuh masa teringin nak keluar bekerja untuk membantu keluarga dan mendapat income sendiri.Bagi yang bekerja pulak hati tertekan dan tak sabar-sabat nak berhenti.tak tahan melihat anak yang selalu jer kena tinggal di taska.Apatah lagi sekarang ni ada jer kes dera kanak -kanak di taska.

Kalau dahulu orang tua kata"perempuan belajar tinggi -tinggi pun akhirnya ke dapur jugak"
Memang betul,sebab semakin tinggi ilmu semakin kita sedar tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.sebab itulah wanita tetap akan ke dapur untuk menyediakan sajian yang berzat dan sedap.

Sebelum ni rose memang pernah bekerja.tetapi hati tersangat berat apabila anak sakit rose terpaksa tinggalkan anak untuk tugasan.tambahan pulak anak rose menyusu badan.rose nekad untuk bekerja sendiri kerana rose nak selalu ada bersama anak terutama ketika mereka memerlukan seorang ibu.

Tetapi ,bukan senang nak bahagikan masa menguruskan rumah dan perniagaan.Rumah bersepah anak tak terurus,apatah lagi rose ada 5 orang anak kecil.Tetapi itu dahulu kini tidak lagi.berpandukan ilmu daripada orang-orang tua dan juga ilmu parenting akhirnya rose jumpa formula yang sesuai.

Diantara tips yang rose amalkan.
1.orang tua pesan anak -anak ni kalau dia cukup makan,cukup tidur ,pampers bersih dia orang akan bermain sendiri jer tak akan merengek dengan kita.

2.bangun seawal pagi siapkan makanan untuk pagi dan tengahari sebelum anak -anak bangun.sebab tu lah orang tua dahulu sebelum subuh sarapan dah siap.

3.pakaian mesti basuh awal pagi supaya cepat kering dan kita boleh melipat dan mengosok sebelum waktu petang.tak perlu buat kerja dah waktu malam.

4.makan mesti berjemaah.kalau boleh makan malam bersama keluarga sebelum maghrib.

5.diantara waktu maghrib dan insyak ajarlah anak-anak mengaji atau kita boleh baca kitab hadis.

Ok..cukup dulu untuk kali ni..
Ada lagi yang nak dikongsikan.



No comments:

Post a Comment